Bagaimanakah solat orang yang tidak mendapati air untuk berwuduk atau debu tanah untuk bertayammum,adakah solatnya itu sah?
Kita sedia maklum bahawa bersuci atau berwudhu itu adalah merupakan syarat sah solat,dan Allah Taala tidak menerima ibadat solat tanpa bersuci,jadi dalam masalah luput dua alat bersuci seperti ini,maka hendaklah seseorang itu bersolat juga sebagai menghormati waktu dan wajib mengulangi semula solat tersebut apabila mendapati air nanti.