Apakah erti tayammum?
Tayammum ertinya menyapu debu tanah ke muka dan dua tangan hingga ke siku dengan syarat-syarat tertentu.
Total record found under this category: 11
Tayammum ertinya menyapu debu tanah ke muka dan dua tangan hingga ke siku dengan syarat-syarat tertentu.
Di antara syarat-syarat tayammum itu ialah:
a.Kerana ketiadaan air.
b.Kerana uzur menggunakan air.
c.Hendaklah berusaha bagi mencari air terlebih dahulu
d.Dengan debu tanah yang suci.
e.Kerana hajat kepada air untuk minum darinya dan binatang yang...
Rukun tayammum sebanyak lima perkara:
Pertama:Niat,iaitu untuk mengharuskan solat.
Kedua :Memindah debu tanah kepada anggota yang disapu.
Ketiga dan Keempat:Menyapu muka dan dua tangan hingga ke siku dengan dua kali tepuk, sekali untuk muka dan sekali tepuk
...
Keterangan mengenai tayammum ini sudah jelas disebutkan sama ada di dalam Al-Quran,AlHadis dan Ijmak Ulamak.Allah s.w.t
telah berfirman dalam surah Al Maidah ayat 6.
Di antara sunat-sunat tayammum ialah:
a.Menyebut nama Allah dipermulaan.
b.Mengadap kiblat.
c.Dahulukan tangan kanan dari tangan kiri.
d.Mensedikit atau menipiskan debu.
e.Berturut-turut.
Perkara yang membatalkan tayammum ialah:
a.Perkara-perkara yang membatalkan wudhuk.
b.Mendapati air bagi mereka yang bertayammum kerana ketiadaan air atau hilang uzur bagi orang yang bertayammum karana
keuzuran
c.Murtad(waliazubillah)
Sebenarnya tayammum itu adalah sama tentang kaifiat atau cara sama ada bagi mengangkat hadas kecil atau besar,iaitu dengan
menyapu debu tanah ke muka dan dua tangan hingga ke siku,disini perlu diingat bahawa tayammum itu sesekali tidak boleh
menghapuskan atau mengangkat hadas,cuma...
Sebenarnya dalam masaalah ini pun terdapat bersalahan ulama padanya,menurut dalam mazhab syafiee dan para fuqahak tiada
harus bertayammum melainkan dengan tanah yang suci yang ada baginya debu yang boleh melekat pada anggota yang disapu.
Tidaklah sama,kerana tayammum itu hanya sebagai pengganti bagi wudhuk atau mandi di waktu ketiadaan air atau ketika
keuzuran menggunakan air,itu pun tidaklah boleh mengangkat hadas,cuma untuk membolehkan seseorang itu mengerjakan solat
dan bagi satu tayammum hanya untuk satu solat...
Ya,selagi seseorang itu masih uzur tidak boleh menggunakan air atau memang air tidak ada,maka selama itulah harus
bertayammum walaupun beberapa tahun tanpa wajib diqadakan solatnya itu,ini adalah berdasarkan kepada sebuah hadis Nabi yang
bermaksud:
"Sesungguhnya tanah...