Apakah yang dimaksudkan dengan hadas kecil?
Yang dimaksudkan dengan hadas kecil,ialah mereka yang tiada wudhuk.
Total record found under this category: 24
Yang dimaksudkan dengan hadas kecil,ialah mereka yang tiada wudhuk.
Apabila berlaku salah satu dari perkara-perkara seperti berikut maka seseorang itu dikatakan berhadas kecil:
1.Keluar sesuatu dari dua jalan(qubul dan qubur) selain dari air mani
2.Menyentuh kemaluan manusia dengan tapak tangan atau perut-perut anak jari,sama ada qubul atau...
Ya memang betul,karana kentut yang pertama itu sudah membatalkan wudhuk,sedangkan kentut kali yang kedua dan seterusnya
sudah tidak ada apa-apa lagi.
Sebenarnya dalam masaalah ini begitu banyak sekali pendapat yang berlainan dikalangan ulamak mujtahidin,tetapi apa yang
dibentang di sini ialah menurut pendapat mazhab Imam Syafiee yang berdasarkan firman Allah yabg bermaksud:
"Atau kamu sentuhi perempuan,dan tidak batal...
Tidaklah pula terdapat sebarang keterangan yang menunjukkan batal wudhuk dengan menyentuh atau memegang benda-benda najis
walaupun najis berat,cuma diwajibkan kita membasuh atau membersihnya sahaja atau menyamaknya jika najis berat.
UNtuk menjelaskan persoalan ini,maka ikutilah seperti berikut:
1.Mazhab Maliki,bahawa sentuhan diantara lelaki dan perempuan dengan tangannya atau satu juzuk dari badanya dengan
keinginannya adalah batal wudhuknya.
2.Mazhab Hanafi,bahawa sentuhan diantara lelaki dan...
Diantara perkara-perkara yang dilarangnya ialah bersolat samada fardhu atau sunat,tawaf di Baitullahilharam samada fardhu
atau sunat,membaca khutbah jumaat,menyentuh,membawa,menanggung Al-Quran, sujud Tilawah dan sujud Syukur.
Kalau sekadar membaca atau manghafaz tanpa memegang Al-Quran maka tidaklah haram ke atas orang yang berhadas kecil hanya
sunat sahaja berwudhuk,begitulah juga dengan menyentuh dan memegang buku yasin yang didalamnya mengandungi terjemahan
doa-doa,zikir dan sebagainya,tidaklah haram...
Untuk menghapuskan atau mengangkat hadas kecil hendaklah seseorang itu berwudhuk,ertinya apabila seseorang itu sudah
berwudhuk maka dengan sendirinya hadas tersebut sudah terangkat,dengan lain perkataan ia sudah berada dalam keadaan suci.
Wudhuk adalah suatu ciri kebersihan dalam Islam yang dituntut dengan membasuh anggota-anggota tertentu yang terdedah dengan
mempuanyai rukun-rukun dan syarat-syarat tertentu.