Apakah bahaya dan keburukan mereka yang tidak peka dengan istinjak?
Perbuatan memandang ringan atau berlebih kurang dengan beristinjak,adalah merupakan suatu sikap yang buruk lagi tidak bersopan dan bercanggah dengan nilai-nilai kesucian dalam Islam,dan perbuatan seperti itu selain dari merupaka suatu kesalahan,ia juga akan menerima azab di dalam kubur nanti sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud. Daripada IbniAbbas bahawasanya Nabi s.a.w melalui diatas dua perkuburan lalu baginda bersabda:Sesungguhnya kedua-duanya itu disiksa kedua-duanya,dan tidaklah disaksikan keduanya kerana melalukan dosa besar.Adapun yang ini,maka adalah ia tidak menutup dari kencingnya,dan adapun yang ini,maka ia berjalan dengan mengacum-acum.