Connect with Us
  • Manage Your IbadahRevolutionary Data Approach
  • Al-Quran & HadithSupport Arabic & Translations
  • Refine Your KnowledgeCentralizing Islamic Knowledge

Fiqh Harian Malaysia

Apakah sebab-sebab wajib mandi dalam Islam?

Islam mewajibkan umat-umatnya mandi apabila berlaku salah satu dari perkara-perkara seperti berikut: a.Bertemu dua khatan (memasuki oleh seseorang hidup akan zakarnya ke dalam faraj perempuan atau duburnya) maka perbuatan yang demikian jadilah kedua-duanya itu berjunub atau berhadas besar namanya. b.Keluar air mani, iaitu air yang terpancar dari kemaluaan seseorang setelah memuncak syahwatnya,sama ada keluarnya di waktu jaga atau pun lena,dengan perbuatan sendiri atau lainnya,maka wajiblah mandi ke atasnya. c.Mati, setiap orang Islam yang meninggal dunia sama ada lelaki atau perempuan,kecil atau besar,maka wajib dimandikan ke atasnya,walaupun seseorang itu mati di dalam air,kecuali mati syahid fi sabilillah. d.Haid,iaitu darah yang keluar melalui faraj perempuan yang sekurang-kurang usianya sembilan tahun maka diwajibkan mandi sebaik sahaja kering haidnya. e.Wiladah, iaitu perempuan yang melahirkan anak sama disertai dengan basah atau tidak,dan termasuklah juga perempuan keguguran. f.Nifas, iaitu darah yang keluar selepas seseorang perempuan itu melahirkan anak,maka diwajibkan mandi setelah kering darah nifasnya.

Next Fatwa >


Fatal error: Uncaught Error: Call to undefined function mysql_query() in /home/aqsa/public_html/cfiqh.php:124 Stack trace: #0 {main} thrown in /home/aqsa/public_html/cfiqh.php on line 124