Bagaimanakah cara bertayammum bagi mengangkat hadas besar?
Sebenarnya tayammum itu adalah sama tentang kaifiat atau cara sama ada bagi mengangkat hadas kecil atau besar,iaitu dengan menyapu debu tanah ke muka dan dua tangan hingga ke siku,disini perlu diingat bahawa tayammum itu sesekali tidak boleh menghapuskan atau mengangkat hadas,cuma untuk membolehkan seseorang itu beribadat kepada Allah Taala.