Connect with Us
  • Manage Your IbadahRevolutionary Data Approach
  • Al-Quran & HadithSupport Arabic & Translations
  • Refine Your KnowledgeCentralizing Islamic Knowledge

Fiqh Harian Malaysia

Apakah perbezaan diantara tertib dan mualat dalam berwudhuk dan apakah hukumnya?

Tertib dalam bahasa arab yang bermaksud,mendahulukan yang dahulu dan mengkemudiankan yang kemudian dengan menurut susunannya,manakala mualat yang bererti berturut-turut iaitu dengan membasuh anggota-anggota wudhuk satu demi satu tanpa ada perceraian yang panjang,demikian juga diantara basuhan anggota yang satu tanpa kering basuhan yang pertama kemudian diikuti dengan basuhan kali kedua dan ketiga,maka begitulah seterusnya dengan anggota yang lain.Maka tertib dalam berwudhuk itu adalah wajib dalam mazhab Syafiee dan Hambali,manakala mualat adalah sunat bagi mereka yang selain dari Sahibul- dharurah.Mualat pada mazhab Maliki dan Hambali adalah fardhu,manakala tertib dalam berwudhuk bagi mazhab Maliki dan Hanafi adalah sunat hukumnya.

Next Fatwa >


Fatal error: Uncaught Error: Call to undefined function mysql_query() in /home/aqsa/public_html/cfiqh.php:124 Stack trace: #0 {main} thrown in /home/aqsa/public_html/cfiqh.php on line 124