Bilakah masa yang sepatutnya kita berniat,samada sebelum atau sesudah berwudhuk?
Sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini, bahawa niat wudhuk hendaklah disertakan sewaktu membasuh muka,ertinya kalau seseorang itu berniat sebelum atau sesudah berwudhuk maka tentulah tidak sah wudhuknya,ini adalah menurut pendapat imam syafie,manakala imam Maliki pula adalah memadai niat sebelum berwudhuk,sedangkan imam Hanafi berpendapat bahawa niat wudhuk itu adalah sunat sahaja dan imam Ahmad bin Hambal mengatakan bahawa niat wudhuk itu adalah sebagai satu syarat.