Bolahkah jelaskan mengenai sentuhan lelaki dan perempuan di dalam empat mazhab?
UNtuk menjelaskan persoalan ini,maka ikutilah seperti berikut: 1.Mazhab Maliki,bahawa sentuhan diantara lelaki dan perempuan dengan tangannya atau satu juzuk dari badanya dengan keinginannya adalah batal wudhuknya. 2.Mazhab Hanafi,bahawa sentuhan diantara lelaki dan perempuan walaupaun dalam keaadan bertelanjang kedua-duanya adalah tidak batal wudhuk secara mutlak. 3.Mazhab Syafie,bahawa sentuhan diatara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya adalah batal wudhuk. 4.Mazhab Hambali,bahawa sentuhan diantara lelaki dan perempuan walaupun mahram dengan keinginan adalah batal wudhuk.