Apakah syarat-syarat yang membolehkan kita beristinjak dengan benda-benda kesat tanpa menggunakan air?
Untuk beristinjak dengan cara ini memerlukan beberapa syarat seperti berikut: 1.Hendaklah sekurang-kurangnya dengan tiga kali sapu atau lima kali atau tujuh dan seterusnya dengan cara yang ganjil. 2.Hendaklah najis yang ada di kemaluan itu belum kering. 3.Hendaklah najis yang keluar itu tidak melampaui dari tempat keluarnya. 4.Tidaklah pula didatangi oleh najis yang lain keatasnya.Sekiranya kurang salah satu dari syarat-syarat tersebut maka pastilah digunakan dengan air semata-mata.Dalam hal ini Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Apabila beristinjak dengan batu oleh seseorang kamu maka hendaklah keadaan ganjil.