Apakah yang harus dilakukan supaya air mustakmal atau air mutanajis itu dapat digunakan untuk bersuci?
Air mustakmal atau air mutanajis itu boleh digunakan iaitu dengan cara hendaklah ditambahkan hingga sampai dua kolah atau lebih,kemudian lihatlah kalau tidak didapati sebarang perubahan pada sifat-sifat air tadi maka diwaktu itu ia sudah menjadi suci lagi menyucikan,begitulah juga dengan umpama air dalam sebuah perigi yang berubah sifatnya dengan sebab jatuh najis kedalamnya,atau dikurangkan airnya sedangkan bakinya masih melebihi dua kolah,atau dengan dibiarkannya beberapa lama,kemudian dengan sebab itu lalu hilanglah perubahan pada air tersebut,maka di waktu air tersebut sudah kembali menjadi suci sebagai air mutlak.