Connect with Us
  • Manage Your IbadahRevolutionary Data Approach
  • Al-Quran & HadithSupport Arabic & Translations
  • Refine Your KnowledgeCentralizing Islamic Knowledge

Fiqh Harian Malaysia

Sebagai muslim mukmin,apakah yang sepatutnya kita lakukan pada malam Al-Qadar itu?

Buat kita sebagai umat Islam hendaklah merebut peluang keemasan ini dengan memperbanyakkan kegiatan amal ibadah seperti solat terawih,tahajjud,witir,zikir,bertadarus Al-Quran,berdoa dan lain-lain di mana ganjaran pahala di atas amalan yang kita kerjakan pada malam Al-Qadar itu adalah lebih baik dari melakukan amalan 1000 bulan selain dari Lailatul Qadar sebagaimana tersebut di dalam Al-Quran yang telah dijelaskan sebelum ini. Dalam konteks ini Imam Syafi'i rahimahullah dalam qaul qadimnya ada menyebutkan: Barangsiapa yang hadir solat isyak dan subuh berjemaah pada malam Al-Qadar maka sesungguhnya ia telah mendapat habuan daripadanya. Dan maksud dalam sebuah hadis dimana Saidatuna Aisyah berkata:wahai Rasulullah s.a.w. apakah yang sepatutnya saya bacakan sekiranya berbetulan dengan Lailatul Qadar? jawab Baginda katakanlah: “ Ya Allah sesungguhnya engkau pemaaf, sukakan kemaafan, maka maafkanlah daripada kami “.

Next Fatwa >


Fatal error: Uncaught Error: Call to undefined function mysql_query() in /home/aqsa/public_html/cfiqh.php:124 Stack trace: #0 {main} thrown in /home/aqsa/public_html/cfiqh.php on line 124