Apakah ada tanda-tanda yang menunjukkan berlakunya Lailatul Qadar?
Di antara tanda-tandanya, ialah pada malam yang jelas lagi tenang, suasana udaranya tidak panas dan tidak pula dingin dan pada keesokan harinya kelihatan sinaran matahari tidak bercahaya. dan ada pula pendapat yang mengatakan bahawa pada malam Al-Qadar itu tidak didapati sebarang bayangan.