Bagaimanakah dengan pendapat yang mengatakan bahawa Lailatulqadar berlaku pada malam 27?
Itu pun kita tidak menafikannya, kerana ia juga termasuk dalam malam-malam yang ganjil yang mungkin ada sesetengah riwayat mengatakan demikian, tetapi walau bagaimanapun Lailatulqadar tetap wujud dan berubah-ubah di antara malam-malam yang ganjil itu,katakan tahun ini berlaku pada malam 23 dan pada tahun hadapan mungkin pada malam 27 dan begitulah seterusnya. Wallahualam.