Pada malam bilakah berlakunya Lailatul Qadar?
Tidaklah pula kita diberitahu mengenainya dengan tepat, tetapi walau bagaimanapun Baginda Rasulullah s.a.w telah memberi garis panduan dan pendekatan bagi membantu kita mendapatinya iaitu pada malam-malam yang ganjil sebagaimana sabdanya dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Intai-intai lah kamu malam yang ditakdirkan, iaitu pada malam yang ganjil dari sepuluh yang akhir dari bulan Ramadhan “. Jadi, berdasarkan kepada hadis tersebut jelaslah kepada kita bahawa Lailatulqadar itu wujud pada malam-malam ganjil seperti malam 21, 23, 25, 27 dan 29 bulan Ramadhan.