Ada pendapat yang mengatakan bahawa jika burung hantu bersuara atau berbunyi di atas bumbung rumah seseorang, maka alamat salah seorang dari keluarganya akan mati. Adakah betul pendapat seperti itu
Pendapat seperti ini adalah lebih teruk lagi jauh menyimpang dari kebenaran. Sebenarnya burung hantu dan lain-lain burung juga adalah sama sahaja, bahkan kepercayaan seperti itu adalah termasuk dalam perkara-perkara khurafat dan dilarang kerana bercanggah dengan akidah Islam yang sebenarnya.