Adakah seseorang itu diberitahu ia akan mati pada hari atau masa-masa yang tertentu?
Pada umumnya tiada siapa pun yang mengetahui atau diberitahu tentang ajal mautnya, kerana jika diberitahu mengenainya, kemungkinan besar hidup dan kehidupan tidak berfungsi lagi tidak bermaya, badannya akan menjadi kurus kering, makan minum pun sudah tidak berselera, mungkin tidur pun sudah tidak lelap kerana mengingatkan dan mengenangkan kematiannya yang semakin hari semakin hampir.