Connect with Us
  • Manage Your IbadahRevolutionary Data Approach
  • Al-Quran & HadithSupport Arabic & Translations
  • Refine Your KnowledgeCentralizing Islamic Knowledge

Fiqh Harian Malaysia

Apakah ada keterangan-keterangan yang menunjukkan pernah dibuat oleh Rasulullah s.a.w tentang sujud-sujud tersebut?

Memanglah ada keterangannya, maka ikutilah di bawah ini hadis Nabi s.a.w yang bermaksud: 1.Keterangan mengenai sujud tilawah: “ Daripada Ibnu Umar r.a katanya: Adalah Rasulullah s.a.w membaca ia ayat sajadah sedangkan kami berada di sisi nya, lalu Baginda sujud dan kami pun turut sujud bersamanya, maka bersesak-sesaklah kami sehingga tidak mendapat tempat bagi meletakkan dahi untuk sujud ". 2.Keterangan mengenai sujud syukur: “ Daripada Abi bakrah r.a. Bahawasanya Nabi s.a.w adalah apabila mendatangi akan dia oleh sesuatu yang menyukakannya lantas ia turun sujud (sujud syukur) kerana Allah ". 3.Keterangan mengenai sujud sahwi: “ Daripada Abdullah bin Buhainah r.a bahawasannya Nabi s.a.w bersolat dengan mereka akan solat zohor selalu bangun ia pada rakaat yang kedua dan tidak duduk ia (bagi membaca tahiyat awal) maka para jemaah pun turut bangun sama hingga ia selesai akan solat dan para jemaah menunggu memberi salamnya, tiba-tiba bertakbir ia sedangkan ia masih duduk dan ia sujud dua kali (sujud sahwi) sebelum memberi salam, kemudian memberi salam ia ".

Next Fatwa >


Fatal error: Uncaught Error: Call to undefined function mysql_query() in /home/aqsa/public_html/cfiqh.php:124 Stack trace: #0 {main} thrown in /home/aqsa/public_html/cfiqh.php on line 124