Bagaimanakah dengan bangkai tikus yang jatuh kedalam bekas yang berisi air,apakah air itu masih boleh diminum atau digunakan untuk sesuatu?
Bangkai tikus atau sebarang najis yang jatuh kedalam bekas yang mengandungi sesuatu yang cair seperti air,minyak dan sebagainya,maka hukumnya adalah najis dan tidak boleh diminum atau digunakan untuk sebarang keperluan kecuali jika terjatuh kedalam makanan atau sesuatu yang keras atau kering,maka hendaklah dibuang bangkai itu dan barang yang disekitarnya sahaja, sedangkan selainnya adalah suci dan boleh dimakan.