Bagaimanakah cara menyamak kulit-kulit bangkai dan bagaimanakah kita boleh ketahui yang kulit itu sudah disamak?
Cara menyamaknya adalah senang lagi mudah sekali dan siapa sahaja boleh melakukannya iaitu dengan menghapus dan menghilangkan saki baki daging, darah dan lemak-lemak yanag masih ada di kulit itu lebih dahulu,kemudian dibasuh dan disuci dengan menggunakan sesuatu yang tajam rasanya seperti tawas dan seumpamanya lalu dibasuh dan bersih hingga suci dan akhir sekali dijemur hingga kering betul-betul,apabila sudah kering dan tidak mempunyai baunya lagi maka itulah menjadi tanda yang kulit itu sudah disamak.