Apakah perkara-perkara yang perlu dilakukan semasa takbiratul ihram?
Bagi kita yang bermazhab Syafiee yang beramal dengan muqaranah niat dalam takbiratul Ihram, maka wajib disertakan dalam takbiratul Ihram pada solat-solat fardhu yang lima waktu ialah qasad,ta’arradz dan ta’yin, tetapi bagi solat-solat sunat yang mempunyai waktu atau sebab itu, maka diwajibkan muqaranah niat dalam takbir dua perkara sahaja iaitu qasad dan tayin, manakala bagi solat sunat mutlak,hanya mengandungi satu perkara sahaja iaitu qasad semata-mata.