Adakah orang lelaki dan perempuan itu sama sahaja dalam menunaikan ibadat solat?
Pada dasarnya adalah sama, tetapi terdapat beberapa perbezaan dan kelainan dari segi tekniknya iaitu seperti berikut: a.Orang lelaki tidak ada cuti keuzuran yang membolehkan ia tidak bersolat, Sedangkan orang perempuan ada keuzurannya sama ada cuti bersalin( haid) atau cuti tahunan( bersalin) b.Aurat lelaki di dalam solat ialah di antara pusat dan lutut,sedangkan aurat perempuan adalah sekelian badannya kecuali muka dan tapak tangan c.Orang lelaki merenggangkan kedua sikunya dari lambung atau rusuknya ketika rukuk dan merenggangkan perut dari pahanya sewaktu sujud sedangkan perempuan adalah sebaliknya d.Orang lelaki menegur imam yang tersilap dalam solat dengan ucapan tasbih, sedangkan perempuan hendaklah menepuk tapak tangan yang kanan ke atas belakang tangan kiri e.Orang lelaki membaca nyaring di tempatnya iaitu dalam rakaat pertama dan kedua pada solat- solat Maghrib, Isyak dan Subuh, sedangkan orang perempuan tidak dituntut berbuat demikian.