Di dalam solat apa yang dikatakan rukun qauli dan fiqli, bolehkah terangkan satu persatu?
Dalam sebuah solat yang mengandungi 13 rukun itu, para ulamak telah membahagikan kepada tiga bahagian: Kertama: Rukun Qauli termasuk di dalamnya lima rukun, iaitu takbiratul ihram, Fatihah Tahiyat, Selawat dan salam. kedua : Rukun Fiqli yang merangkum didalamnya enam perkara iaitu berdiri betul, rukuk, iktidal sujud, duduk antara dua sujud, dan duduk yang akhir, Ketiga : Rukun Qalbi yang mengandungi dua rukun iaitu niat dan tertib.