Apakah yang menjadi pantang larang keatas orang yang berjunub atau berhadas besar?
Agama Islam melarang(haram)ke atas orang yang berhadas besar dari melakukan beberapa perkara seperti berikut: a.Solat, sama ada solat fardhu atau solat sunat termasuk sujud tilawah dan sujud syukur b.Tawaf dibaitullahilharam, sama ada tawaf fardhu atau tawaf sunat c.Membaca, menyentuh dan membawa Al-quran d.Membaca khutbah jumaat e.Tinggal atau diam didalam masjid,dan bagi orang perempuan yang kedatangan haid dan nifas hendaklah ditambahkan f.Melakukan hubungan suami isteri g.Berjalan didalam masjid jika ditakuti mengotorkan masjid h.Diharamkan juga berpuasa sama ada puasa fardhu atau puasa sunat.