Bagaimanakah dengan mandi jenazah kanak-kanak lelaki yang masih belum berkhatan yang tidak sampai air dibawah kulupnya?
Dalam masaalah ini apabila didapati sukar dihilangkan kulupnya, maka janganlah dilakukan,kerana yang demikian itu merupakan suatu penghinaan terhadap mayat,bahkan hendaklah ditayammum sebagai ganti dari membasuh yang dibawahnya,ini adalah pendapat Syeikh Ibnu Hajar,tetapi disisi Imam Syeikh Ramlee ditanamkan dia tanpa solat keatasnya.Wallahu'alam.