Kalau seseorang itu mengangkat hadas besar,adakah diwajibkan wudhuk selepas itu?
Tidak,bahkan sunat sahaja,apabila seorang mengangkat hadas besar,maka dengan tersendirinya terangkat hadas kecil perlu diingat bahawa jangan berlaku sesuatu yang membatalkan wudhuk sewaktu mengangkat hadas besar,kalau tidak wajiblah berwudhuk untuk mendirikan solat.