Bolehkah kita berkongsi korban dengan menyembelih seekor lembu atau kambing untuk satu keluarga?
Sebenarnya korban itu tidak boleh dikongsi, cuma apa yang dibolehkan ialah berkongsi bahagian-bahagian dari umpama unta, kerbau atau lembu sebanyak tujuh orang, tanpa mengambil kira sama ada keluarga atau orang asing, manakala binatang kambing atau biri-biri hanya untuk seorang sahaja.