Apakah erti solat berjemaah dan apakah hukumnya?
Solat jemaah ertinya, solat beramai-ramai iaitu sekurang-kurangnya seorang imam dan seorang makmum, maka sudah berhasil pahala solat berjemaah, manakala hukumnya adalah fardhu kifayah di sisi Imam Syafi'i dan sunat muakkad di sisi Ashab Syafii dan Imam Maliki dalam qaul pertamanya, manakala Imam Ahmad bin Hambal berpendapat bahawa solat berjemaah itu adalah fardhu ain, sedangkan Imam Hanafi mengatakan wajib hukumnya.