Bolehkah sebutkan semua solat sunat rawatib?
Sebenarnya sunat rawatib itu terbahagi kepada dua bahagian: Pertama sunat rawatib yang muakkad yakni sunat yang sangat dituntut yang sentiasa dikerjakan oleh Rasulullah s.a.w iaitu: 2 rakaat sebelum subuh, 2 rakaat sebelum zohor, 2 rakaat kemudian zohor, 2 rakaat kemudian dari maghrib dan 2 rakaat selepas solat Isyak. Kedua sunat rawatib yang tidak muakkad iaitu: 2 rakaat sebelum Maghrib, 2 rakaat sebelum isyak, 2 rakaat sebelum dan 2 rakaat selepas zohor, 2 atau 4 rakaat sebelum asar.