Connect with Us
  • Manage Your IbadahRevolutionary Data Approach
  • Al-Quran & HadithSupport Arabic & Translations
  • Refine Your KnowledgeCentralizing Islamic Knowledge

Fiqh Harian Malaysia

Apakah ada keterangan atau hadis yang menerangkan tentang tuntutan mengerjakan solat-solat sunat itu?

Ya,setiap apa yang dikatakan ibadah itu,sama ada wajib atau sunat mestilah ada keterangan atau contoh teladan daripada Rasulullah s.a.w atau para sahabat.Maka di bawah ini dibentangkan beberapa keterangan dan hadis-hadis mengenainya yang bermaksud: “Dan sebahagian dari waktu malam,maka bangunlah untuk bersolat tahajud padanya sebagai tambahan bagimu semoga tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu di maqam yang terpuji ”. “Daripada Rabiah bin Malik al-aslami telah redha Allah daripadanya berkata ia:telah bersabda kepadaku oleh Nabi s.a.w pintalah, lalu aku pun berkata: saya pinta pada tuan untuk menjadi pengiring ataupun bersama tuan di dalam syurga, kemudian Baginda bersabda: Adakah permintaan selain dari itu? lalu aku menjawab, Itulah sahaja, kemudian baginda bersabda: maka hendaklah engkau membantu akan daku terhadap dirimu dengan membanyakkan sujud (banyakkan solat sunat) “. “Daripada Abdullah bin Omar telah redha Allah daripada keduanya berkata ia:aku hafaz atau aku ingat daripada Nabi s.a.w 10 rakaat solat (sunat rawatib) iaitu dua rakaat sebelum zohor dua rakaat kemudian dari zohor, dua rakaat selepas maghrib di rumahnya,dan dua rakaat kemudian dari Isyak di rumahnya dan 2 rakaat sebelum subuh”. “Sayyidatuna Aisyah berkata: bahawa Nabi s.a.w adalah tidak meninggalkan solat 4 rakaat sebelum zohor dan 2 rakaat sebelum subuh”. “Berkata Sayyidatuna Aisyah: Tidak ada sesuatu dari solat-solat sunat yang Nabi s.a.w mengambil berat selain dari dua rakaat fajar”.“ “Daripada Aisyah telah redha Allah daripadanya, berkata ia: Adalah Rasulullah s.a.w bersolat Dhuha sebanyak empat rakaat dan menambah ia barang yang dikehendaki oleh Allah” . “Baginda bersabda: Allah memberi Rahmat akan seseorang yang bersolat empat rakaat sebelum Asar”. “Sabda Baginda: sebaik-baik solat selepas solat solat fardhu ialah solat sunat di waktu malam”. “Sabda Rasulullah s.a.w lazimlah kamu dengan bersolat di waktu malam (qiyamullail) maka sesungguhnya ia satu kebiasaan bagi orang-orang yang soleh sebelum kamu dan menghampirkan kamu kepada Tuhan kamu dan menghapuskan bagi segala kejahatan dan mencegah dari perkara dosa dan menghindarkan penyakit dari badan “. “Sabda Baginda:Berwitirlah sekalian kamu wahai ahli al-Quran,maka sesungguhnya Allah Ta'ala itu ganjil, mengasihani ia akan yang ganjil”. “Sabda Rasulullah s.a.w: Bermula solat witir itu adalah suatu kewajipan ke atas setiap individu Muslim,siapa yang suka bahawa berwitir dengan 5 rakaat, maka hendaklah ia lakukan, dan siapa yang suka bahawa berwitir dengan 3 rakaat hendaklah ia kerjakan dan siapa yang suka bahawa ia bersolat witir dengan 1 rakaat, maka hendaklah ia perbuatkan”. “Sabda Rasulullah s.a.w: Bermula solat sunat yang dikerjakan oleh seorang lelaki di rumahnya adalah suatu cahaya, maka siapa yang menghendaki, teranglah rumahnya”.

Next Fatwa >


Fatal error: Uncaught Error: Call to undefined function mysql_query() in /home/aqsa/public_html/cfiqh.php:124 Stack trace: #0 {main} thrown in /home/aqsa/public_html/cfiqh.php on line 124