Sah atau tidak solat jika dikerjakannya di kebun atau di atas tanah?
Pada dasarnya solat boleh dikerjakan di mana-mana sahaja,sama ada didarat,dilaut atau diudara dan tidak dipertikaikan sahnya asal menyempurnakan syarat dan rukunnya.Dalam hal ini pernah Baginda bersabda yang bermaksud: “dan dijadikan bagi kami bumi itu sekeliannya sebagai masjid( tempat untuk bersolat) dan dijadikan bagi kami tanahnya semuanya suci( untuk bertayamum) apabila kami tidak mendapati air”.