Berapakah bilangan rukun-rukun solat?
Perkara-perkara wajib yang menjadi rukun dalam solat adalah sebanyak 13 perkara: 1.Niat dalam takbiratul Ihram 2.Berdiri betul bagi yang berkuasa 3.Takbiratul ihram( Allahuakbar) 4.Membaca surah al-fatihah 5.Rukuk, iaitu membongkokkan badan kehadapan dengan sekurang-kurang sampai tangan ke lututnya 6.Iktidal, iaitu bangun semula dari rukuk 7.Sujud. iaitu dengan melibatkan tujuh anggota sujud 8.Duduk antara dua sujud 9.Duduk yang akhir 10.Membaca tahiyat akhir 11.Selawat ke atas Nabi dalam tahiyat akhir 12.Ucapan salam yang pertama 13.Tertib dengan mengikut susunan seperti yang tersebut.