Apakah hukum seorang suami yang mendatangi isterinya yang pertama kemudian pula mendatangi akan isterinya yang kedua pada malam yang sama pada hal ia belum mandi sebelumnya?
HUkumnya adalah harus,walaupun ia mendatangi keempat-empat isterinya dengan mandi yang satu.Hal ini telah dijelaskan dalam sebuah hadis yang bermaksud: "Daripada Anas bahawasanya Nabi s.a.w telah mengilingi(jimak) akan siteri-isterinya pada mandi yang satu". Walau bagaimana pun dijelaskan bahawa siapa yang bersetubuh dengan isterinya kemudian hendak mengulangi bagi kali kedua, maka disunatkan supaya berwudhuk terlebih dahulu,ini berdasrkan kepada hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Apabila mendatangi oleh seorang kamu akan ahlinya,kemudian menghendaki bahawa mengulanginya,maka hendaklah ia berwudhuk diantara keduanya akan sebagai wudhuk yang sempurna".