Apakah yang mesti dilakukan ketika mengangkat hadas atau mandi wajib?
Perkara-perkara yang mesti dilakukan di waktu mandi wajib ialah: Pertama:Sucikan najis terlebih dahulu jika ada di badan. Kedua :Niat mengangkat hadas besar sebaik sahaja air mengenai mana-mana anggota badan. Ketiga :Meratakan air keseluruh badan. Maka itulah sahaja perkara yang menjadi rukun-rukun mandi.