Bagaimanakah cara kita hendak mengetahui waktu waktu solat?
Untuk mengetahui waktu waktu solat di zaman sekarang ini adalah begitu senang lagi mudah sekali, hanya dengan melihat jam dan takwim yang disediakan pada setiap waktu,bagaimanapun dibentangkan di sini beberapa buah hadis yang menjelaskan mengenai waktu-waktu solat yang bermaksud: “Waktu zuhur,apabila tergelincir matahari selama belum datang waktu Asar” Apa yang difahamkan oleh para ulamak bahawa waktu zohor itu bermula dari gelincir matahari ke sebelah barat, dan berakhir waktunya apabila jadilah bayang sesuatu itu seumpamanya, dan masuk waktu asar sebaik sahaja bayang sesuatu itu lebih sedikit daripadanya. “Waktu asar itu ialah selagi belum terbenam matahari”. “Waktu maghrib selama tidak menghilang Mega merah.Ertinya apabila hilang Mega Merah di ufuk barat, maka masuklah waktu Isyak” “Waktu solat subuh itu dari terbit fajar hingga naik matahari”.