Apakah yang dikatakan perempuan istihadah dan adakah diwajibkan mandi?
Bagi orang perempuan perlulah mengetahui masalah-masalah seperti ini dimana apabila ia mendapati darah yang keluar dari kemaluanya itu kurang dari sehari semalam atau melebihi sebanyak-banyak masa haidnya atau kedatangan darah pada masa yang bukan masa haidnya,maka darah itu dinamakan istihadah,iaitu darah penyakit,maka tidaklah diwajibkan mandi keatasnya,cuma wajib dibasuh sahaja dan berwudhuk apabila hendak mendirikan solat,dan juga harus melakukan hubungan suami isteri.Untuk keterangan lanjut dalam masalah ini ikutlah sebuah hadis yang bermaksud: "Daripada Aisyah telah redha Allah daripadanya bahawasanya Fatimah binti Abi Hubais istihadah(keluaran darah)maka Baginda bersabda terhadapnya,bahawasanya darah haid adalah berwarna kehitaman yang dikenali,maka apabila didapati yang demikian, maka berhentilah dari bersolat,dan apabila didapati selain dari itu,maka hendaklah kamu berwudhuk dan bersolat".