Apakah perkara-perkara yang menjadi sunat semasa mandi?
Dalam melakukan mandi wajib,maka terdapat pula beberapa yang dituntut secara sukarela(sunat) kita lakukan diantaranya: a.Hendaklah membasuh kemaluannya. b.Hendaklah berwudhuk sebelum mandi c.Hendaklah menyebutkan nama Allah ketika memulakan mandi d.Hendaklah mendahulukan jirusan air disebelah kanan badan e.Hendaklah menggosok-gosok seluruh badan f.Hendaklah berturut-turut dari awal hingga akhirnya,dan lain-lain lagi.