Adakah wudhuk perlu diambil pada setiap kali hendak mendirikan solat?
Bagi mereka yang berhadas kecil adalah merupakan suatu syarat mesti berwudhuk apabila hendak mendirikan solat,tetapi bagi mereka yang suci dari hadas kecil(tidak batal wudhuk)maka diharuskan baginya bersolat beberapa kali dalam beberapa waktu, cuma disunatkan sahaja ia membaharui wudhuknya bagi mengerjakan solat-solat seterusnya.