Berhubung dengan solat terawih, Berapakah bilangan rakaat sebenarnya?
Solat Tarawih adalah solat di waktu malam selepas waktu Isyak. Di zaman Rasulullah s.a.w di mana baginda sendiri pernah melakukan solat tarawih sebanyak 8 rakaat dengan dua rakaat satu salam, tetapi kemudiannya Amirul Mukminin Khalifah Islam yang kedua iaitu Sayyidina Umar Ibnu al-khattab adalah merupakan orang yang mula-mula mengasaskan solat tarawih sebanyak 20 rakaat dengan berjemaah di masjid.Amalan solat tarawih secara berjemaah ini terus-menerus diamalkan hingga ke zaman kita ini.