Apakah itu solat tasbih dan bagaimanakah cara mengerjakannya?
Dinamakan solat tasbih merana sepanjang solat tersebut adalah bacaan tasbih sebanyak 300 kali tasbih dalam 4 rakaat, kita dituntut mengerjakannya pada setiap hari, kalau tidak mampu hendaklah seminggu sekali, kalau tidak mampu hendaklah sebulan sekali, atau setahun sekali dan kalau tidak mampu juga hendaklah sekurang-kurangnya seumur hidup sekali.Kalau dikerjakannya di waktu malam, hendaklah dilakukan empat rakaat dengan dua salam, tetapi jika dikerjakan pada siang hari, hendaklah dilakukannya dengan satu salam.Cara Mengerjakannya adalah sama sahaja seperti solat biasa, cuma ditambahkan dengan bacaan tasbih dalam setiap pergerakan dan perbuatan solatnya.Cara solat sunat tasbih: 1.Sesudah takbirratul ihram, bacaan Fatihah dan surah sebelum rukuk, maka hendaklah dibacakan tasbih sebanyak 15 kali 2.Di dalam rukuk selepas bacaan tasbih rukuk, hendaklah dibaca tasbih sebanyak 10 kali 3.Dalam iktidal sebanyak 10 kali tasbih 4.Dalam sujud sebanyak 10 kali tasbih 5.Dalam Duduk antara dua sujud 10 kali tasbih 6.Dalam sujud yang kedua sebanyak 10 kali tasbih 7.Sewaktu duduk istirahah 10 kali tasbih Dengan demikianlah caranya kita lakukan sebanyak 75 kali tasbih dalam satu rakaat, Jadi kalau empat rakaat,jumlah tasbihnya adalah sebanyak 300 kali.