Bagaimanakah kita hendak mengetahui yang solat kita itu diterima oleh Allah taala?
Setiap ibadat yang kita kerjakan itu hendaklah berdasarkan kepada setiap garis panduan yang ditetapkan termasuklah syarat, rukunnya serta benar-benar menepati contoh teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w dan dilakukan dengan penuh keikhlasan kerana Allah Taala semata-mata kemudian berserahlah kepadanya di samping berdoa agar ibadat kita itu diterima hendaknya.