Masalah menggaru-garu di dalam solat adakah batal atau tidak?
Berhubung dengan masalah menggaru atau bergerak yang bukan dari tuntutan solat, perhatikanlah sekiranya berlaku pergerakan melalui anggota berat seperti tangan atau kaki dan sebagainya dengan tiga kali berturut-turut atau dengan sekali pergerakan yang kuat lagi dipandang keji seperti melompat dan sebagainya,maka batallah solatnya,kecuali jika berlaku pergerakan atau menggaru melalui anggota yang kecil seperti kelopak mata,jari-jari tangan dan sebagainya walaupun berulang kali lagi berturut-turut,maka tidaklah batal solatnya.