Bagaimanakah dengan perbuatan menjawab salam atau mengucap tasymit terhadap orang yang bersin di dalam solat, batal atau tidak solatnya?
Menurut pendapat dalam mazhab Syafiee,bahawa percakapan atau pertuturan seperti itu adalah membatalkan solat, kecuali jika dijawab dengan isyarat, maka tidaklah batal solatnya.