Apakah perkara-perkara yang disunatkan dalam solat?
Perkara-perkara Sunat dalam solat menurut pendapat Imam Syafi'i terbahagi kepada dua bahagian,pertama sunat ab'ad namanya iaitu: a.Membaca tahiyat awal b Selawat atas nabi dalam tahiyat awal c.Selawat di atas keluarga nabi dalam tahiyat awal d.Duduk bagi membaca tahiyat awal dan selawat e.Membaca qunut pada solat subuh f.Selawat atas Nabi dan ke atas keluarga dalam qunut g.Berdiri bagi bacaan Qunut dan selawat di dalamnya yang kedua sunat hai'ah namanya seperti berikut: a.Mengangkat kedua-dua belah tangan hingga membetuli bahu ketika takbiratul ihram, ketika hendak rukuk, ketika iktidal dan ketika bangun dari tahiyat awal. b.Tangan kanan memegang pergelangan tangan kiri dengan diletakkan kedua-duanya di antara dada dan pusat. c Mengucap takbir( Allahuakbar) ketika hendak rukuk. sujud. bangun dari sujud. ketika bangun dari rakaat pertama, kedua. ketiga dan keempat. d.Membaca doa iftitah selepas takbiratul ihram dan sebelum fatihah. e.Membaca ta'awudz iaitu istiazah secara perlahan sebelum membaca fatihah bagi tiap-tiap rakaat. f.Membaca tasbih di dalam rukuk dan sujud dan berdoa di waktu duduk diantara dua sujud g.Membaca surah selepas bacaan fatihah pada rakaat pertama dan kedua h.Membaca Amin sebaik sahaja selesai dari membaca fatihah atau fatihah Imam nya i.Berhenti sekejap selepas dari takbiratul ihram, selepas bacaan fatihah dan selepas bacaan surah sebelum rukuk j.Duduk iftirasy ketika duduk diantara dua sujud,Ketika membaca tahiyat awal dan duduk tawaruk ketika membaca tahiyat akhir. k.Membaca doa selepas selawat dalam tahiyat akhir dan sebelum memberi salam l.Memberi salam yang kedua m.Menoleh ke kanan dan ke kiri sewaktu memberi salam. dan lain-lain lagi dari sunat-sunat solat yang boleh didapati di dalam kitab-kitab besar.