Apakah solat-solat yang wajib dan bilakah disyariatkan dalam Islam?
Solat-solat yang diwajibkan ialah solat zohor, solat Asar, solat Maghrib, solat isyak dan solat subuh, maka itulah sahaja solat yang diwajibkan, sedangkan selain daripadanya adalah solat-solat sunat sahaja. solat fardhu yang lima itu mula disyariatkan dalam Islam dalam peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku setahun sebelum baginda berhijrah ke Madinah.