Bagaimanakah dengan orang yang keluar air mazi, adakah juga diwajibkan mandi?
Air mazi, ialah air yang berwarna putih jernih lagi cair yang keluar sewaktu timbul keinginan tanpa memancut dan tanpa disedari,maka hukumnya tidaklah diwajibkan mandi tetapi diwajibkan basuh sahaja,kerana ia adalah najis,hal ini dapat difahamkan dari sebuah hadis yang bermaksud: "Daripada Ali bin Abi Talib katanya,adalah aku seorang yang sering keluar air mazi,lalu aku menyuruh seorang lelaki supaya bertanya ia akan Nabi s.a.w kerana aku malu,maka jawab Baginda: Berwudhuklah dan basuhlah kemaluanmu".