Selain dari mandi-mandi wajib,apakah pula mandi-mandi sunat?
Mandi-mandi yang dituntut supaya kita lakukan adalah banyak,diantarannya: a.Mandi untuk menghadiri solat jumaat b.Mandi dua hari raya(aidilfitri,aidiladha) c.Mandi kerana memandikan orang mati d.Mandi kerana Ihram Haji atau Umrah e.Mandi kerana memeluk agama islam f.Mandi kerana telah siuman dari gila g.Mandi setelah badan berubah baunya,dan lain-lain lagi.