Adakah bertayammum itu sama sahaja seperti berwudhuk?
Tidaklah sama,kerana tayammum itu hanya sebagai pengganti bagi wudhuk atau mandi di waktu ketiadaan air atau ketika keuzuran menggunakan air,itu pun tidaklah boleh mengangkat hadas,cuma untuk membolehkan seseorang itu mengerjakan solat dan bagi satu tayammum hanya untuk satu solat fardhu sahaja dan beberapa solat sunat termasuklah solat jenazah,maksudnya hendaklah ia bertayammum pada setiap kali hendak mendirikan solat fardhu yang lima waktu menurut dalam mazhab Syafiee.