Berapakah fardhu atau rukun-rukun tayammum?
Rukun tayammum sebanyak lima perkara: Pertama:Niat,iaitu untuk mengharuskan solat. Kedua :Memindah debu tanah kepada anggota yang disapu. Ketiga dan Keempat:Menyapu muka dan dua tangan hingga ke siku dengan dua kali tepuk, sekali untuk muka dan sekali tepuk lagi untuk dua tangan. Kelima:Tertib,ertinya mendahulukan menyapu muka kemudian menyapu dua tangan hingga ke siku.