Bolehkah kita beristinjak dengan umpama kertas akhbar atau roti kering dan sebagainya?
Dalam hal ini perlu diingatkan bahawa kita dilarang beristinjak dengan sesuatu yang dihormati seperti makanan manusia dan jin dan juga dengan sesuatu yang tertulis padanya ayat-ayat suci al-quran atau nama-nama allah dan sebagainya.